PETALING JAYA: Perutusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan subsidi bersasar membabitkan bahan api diesel bukan saja meresahkan rakyat Malaysia malah langsung tidak menjawab persoalan besar berhubung pengumuman tersebut. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, rasionalisasi subsidi bahan api tentunya akan memberi kesan menyeluruh kepada rakyat kerana ia melibatkan keseluruhan rantaian ekonomi. Menurutnya, walaupun dalam perutusan tersebut Perdana Menteri menyentuh pelbagai perkara termasuk potensi pelaburan asing mencecah RM76.1 bilion namun pengumuman dibuat itu tidak melegakan rakyat yang sedang dihimpit kenaikan kos sara hidup. “Hakikatnya perutusan ini bukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya