SERDANG: Masyarakat di negara perlu menjaga dan mempertahankan keharmonian agar segala dasar serta perancangan kerajaan untuk mengukuhkan kembali ekonomi negara dapat berjalan dengan lancar. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, mutakhir ini isu perkauman kembali dimainkan oleh sesetengah pihak untuk meraih populariti. Beliau berkata, sejak kemerdekaan, keharmonian kepelbagaian kaum telah menjadi identiti negara kita dan dicemburui oleh negara luar. “Saya sendiri berpengalaman berdepan dengan isu ini sejak tahun 1967 ketika saya di sekolah rendah dan menengah. Kemudian isu ni kembali berkumandang pada tahun 1987. “Kalau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya