KANGAR: Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris pada Julai depan berada pada momentum baik bagi menggalas cabaran kutipan pingat menerusi temasya tersebut. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, bagaimanapun, semua atlet terlibat perlu dipastikan berada dalam keadaan terbaik dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum bermulanya saingan berkenaan. Beliau berkata, pihaknya mengharapkan kutipan emas pada Sukan Olimpik 2024 ini memandangkan Malaysia belum pernah meraih kejayaan bagi merebut pingat tersebut. “Malaysia belum pernah berjaya untuk dapatkan pingat emas dan itu adalah sasaran kita pada kali ini,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya