PUTRAJAYA: Perincian lanjut berhubung kenaikan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dibentangkan sepenuhnya pada Belanjawan 2025 yang dijangka Oktober ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman mengenai pelarasan gaji yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia satu pengumuman positif buat penjawat awam memandangkan kali terakhir kenaikan adalah sekitar 13 peratus. “Menjadi komitmen Kerajaan Madani (peningkatan gaji) adalah lebih tinggi daripada itu,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Pekerja 2024…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya