BESUT: Seekor gajah jantan yang ditangkap selepas berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik, Hulu Besut, dekat sini, berjaya dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, hari ini. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, operasi memindahkan mamalia itu melibatkan seramai 21 anggota Perhilitan daripada Terengganu dan Johor. Menurutnya, gajah liar tersebut berjaya ditangkap pada pukul 3 petang, Rabu lalu. “Operasi ini bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi itu dibantu oleh dua ekor gajah denak iaitu Suria dan Indah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya