GERIK: Seekor gajah jantan liar yang merosakkan tanaman penduduk di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang di sini sejak Januari lalu, berjaya ditangkap semalam. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah dewasa itu dianggarkan berusia 20 tahun. “Kita menerima aduan sejak Januari lalu daripada penduduk berkaitan ladang mereka diceroboh gajah dengan banyak pokok sawit dan getah dirosakkan mamalia berkenaan. “Sehubungan itu, Perhilitan melalui Unit Tangkapan Gajah (UTG) telah membuat pemantauan dan kawalan di kampung tersebut sebelum berjaya menangkap haiwan liar itu semalam,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya