TAMPIN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan mengesahkan kehadiran harimau kumbang di kawasan perumahan Taman Gunung Mas 2 di sini seperti didakwa oleh penduduk. Jabatan tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, kakitangan Perhilitan Gemas telah menjalankan siasatan di lokasi aduan dan mendapatinya berasas. Menurutnya, Taman Gunung Mas terletak berhampiran Bukit Tampin di dalam Hutan Simpan Gunung Tampin dan harimau kumbang itu dipercayai datang dari hutan berdekatan. “Jarak lokasi kawasan perumahan dengan hutan simpan adalah dalam lingkungan satu kilometer. Dipercayai harimau kumbang tersebut dari Hutan Simpan Gunung Tampin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya