GEORGE TOWN: Khabar gembira buat rakyat Pulau Pinang apabila Kerajaan Negeri Perak bersetuju membekalkan air ke negeri ini melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diperkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan dipersetujui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata, Projek Air Perak-Pulau Pinang itu adalah insiatif yang dimulakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak sekian lama. “Kita terima berita baik. Sultan Nazrin (Sultan Perak) dan Kerajaan Negeri Perak bersetuju untuk sediakan bekalan air dari Perak. Ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya