KUALA NERUS: Hampir 200 penyokong Terengganu FC (TFC) mengadakan solat hajat dan doa selamat sebelum aksi menentang Perak di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam ini. Solat hajat yang diadakan selepas solat Maghrib itu bertujuan memohon kesembuhan buat pemain TFC, Akhyar Rashid dan pemain Selangor, Faisal Abdul Halim yang menjadi mangsa samun dan pukul serta simbahan asid, minggu lalu. Solat tersebut dipimpin Ahmad Muzanil Abdul Rahman dan turut disertai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim. Salah seorang penyokong TFC, Ahmad Syauqi Kamaruddin, 27,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya