JEMPOL: Seorang penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan di kilometer 20 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang di sini, 17 Mei lalu. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan kira-kira pukul 1.15 petang itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan motosikal ditunggang mangsa berusia 18 tahun. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu MPV iaitu lelaki berumur 44 tahun dari arah Kuala Pilah menuju ke Simpang Pertang, sebaik tiba dilokasi telah memperlahankan kenderaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya