KUALA TERENGGANU: Seorang penolong pegawai veterinar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM8,578.69 pada 2019 dan 2020. Mohd. Hisham Daud, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman, hari ini. Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Hisham didakwa telah meluluskan dokumen berupa indent kerja atau pesanan tempatan bernilai RM1,615.20, RM1,574.09, RM3,808.10 dan RM1,581.30 kepada sebuah syarikat. Dokumen berkenaan mengandungi butir matan palsu melibatkan kerja-kerja membekal alat ganti dan menyelenggara kenderaan jabatan walaupun sebenarnya perkhidmatan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya