PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes anggota pengiring didakwa memukul pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) di sebuah hotel di ibu negara pada 28 Mei lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan. “Langkah ini diambil secara menyeluruh dan semua pihak terlibat dapat memberikan keterangan mereka. “Keutamaan siasatan untuk memastikan tiada pelaku terlepas daripada tanggungjawab atas perbuatan mereka. “Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya