Penghormatan akhir, tanda kasih buat Hail Amir - Utusan Malaysia

Penghormatan akhir, tanda kasih buat Hail Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Suasana hiba menyelubungi perkarangan Masjid Ukay Perdana apabila kira-kira 200 orang termasuk termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir buat penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Allahyarham Datuk Hail Amir, 76.

Jenazah Hail yang menhembuskan nafas semalam selesai dimandi dan dikafankan sekitar pukul 8.30 pagi tadi sebelum dibawa keluar untuk dibacakan surah Yasin beramai-ramai.

Jenazah penyanyi Tanda Kasih itu kemudian disolatkan sekitar pukul 10.30 pagi tadi dan akan dibawa Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk dikebumikan.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah rakan duetnya, Uji Rashid, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk DJ Dave dan ramai lagi.

Terdahulu, Allahyarham Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang semalam akibat jangkitan paru-paru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya