BUKIT MERTAJAM: Seorang pengasuh wanita berusia dalam lingkungan 30-an direman empat hari susulan kematian seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bermula hari ini sehingga 10 Mei bagi membantu siasatan. Terdahulu katanya, polis menerima maklumat dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang memaklumkan telah menerima seorang bayi perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia. “Hasil siasatan awal mendapati, bayi berkenaan ditinggalkan kepada pengasuh oleh sepasang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya