Pengarah JSJ lawat pesakit kanak-kanak di HPKK UKM 

Pengarah JSJ lawat pesakit kanak-kanak di HPKK UKM 

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pesakit wad kanak-kanak Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menerima kunjungan  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Mohd.Shuhaily memaklumkan lawatan beliau ke hospital tersebut melahirkan rasa insaf antara pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut  beliau, program itu memberi ruang kepada warga PDRM untuk memberi sokongan moral kepada para pesakit selain  menyelami penderitaan mereka. 

“Untuk lawatan ini kita akan ke wad kanak-kanak. Daripada wad kanak-kanak ini kita boleh tengok kekuatan pada keluarga mereka.

“Budak (pesakit) itu lebih kuat, tapi ibu bapa harus lebih kuat lagi daripada yang sakit. Mereka perlu ke hospital dan ada yang terpaksa berhenti kerja jaga anak. Kadangkala kehidupan ini keras (life is hard sometimes),” katanya ketika ditemui dalam program Lawatan Hospital sempena Hari Polis ke-217 tahun 2024 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani.

Sementara itu, Mohd. Shuhaily turut membaca teks ucapan mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang  berkata, HPKK dipilih sebagai destinasi lawatan berdasarkan jumlah pesakit yang menerima rawatan di sini terdiri dalam  kalangan anak-anak warga PDRM. 

Mohd. Shuhaily berkata, beliau percaya kualiti perkhidmatan terbaik serta layanan mesra  pihak hospital adalah faktor utama HPKK menjadi pilihan warga PDRM untuk mendapatkan rawatan di sini.

“Sesungguhnya, saya serta seluruh warga pasukan amat menghargai pengorbanan dan penat lelah para petugas kesihatan khususnya dan seluruh warga HPKK amnya. 

“Semoga Allah Taala mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas budi dan jasa yang telah dicurahkan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya