PONTIAN: Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Seri Bunian dan Kampung Parit Haji Othman di sini membantah pembinaan pusat memproses simen kerana didakwa boleh menjejaskan alam sekitar. Mereka juga mempersoalkan bagaimana tanah yang berstatus tanah pertanian boleh bertukar kepada tanah industri tanpa mengambil kira kesesuaiannya selain berada berhampiran kawasan penduduk. Menurut seorang penduduk, Halipah Ahmad, 50, berkata, penduduk terkejut apabila terbinanya pusat memproses simen siap walaupun sebelum ini telah mengemukakan bantahan kepada pihak-pihak berkenaan. Katanya, walaupun belum beroperasi sepenuhnya tetapi penduduk berhampiran terpaksa menutup tingkap dan pintu kerana masalah debu yang berterbangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya