KOTA KINABALU: Komitmen kerajaan negeri untuk menoktahkan kemiskinan di daerah Tongod diterjemahkan menerusi pembangunan kilang simen yang akan dibina dengan kos RM1.2 bilion. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut yang juga Pengerusi Cement Industries (Sabah), Datuk Masiung Banah berkata, pembinaan kilang simen itu bukan hanya akan memberi impak ekonomi kepada masyarakat setempat malah, akan membantu meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Beliau berkata, pembangunan kilang yang dilancarkan oleh Ketua Menteri pada minggu lalu itu akan turut memberi manfaat kepada penduduk setempat untuk menikmati bekalan elektrik dan air serta kemudahan jalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya