Pembiayaan AIM majukan perniagaan ikan air tawar Zailiyah

Pembiayaan AIM majukan perniagaan ikan air tawar Zailiyah

ZAILIYAH Adzri dan suami, Mohd. Khalilullah Che Mood bersama produk ikan air tawar keluarannya yang diternak dengan menggunakan pembiayaan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Tempoh sukar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong pasangan suami isteri yang juga pada asalnya pengusaha kafe siber di Slim River, di sini ‘bertukar angin’ menjadi penternak ikan air tawar komersial dengan jenama Rumah Ikan Muallim.

Bermula mencuba nasib membela ikan tilapia merah dalam beberapa tong pada 2020, kini mereka mampu mengusahakan lapan kolam menempatkan 16,000 ikan air tawar itu.

Zailiyah Adzri, 46, berkata. semuanya bermula apabila melihat anak lelakinya mempunyai hobi membela ikan hiasan.

“Suami saya, Mohd. Khalilullah Che Mood, 46, terfikir kenapa tidak bela ikan yang boleh dimakan dan dijual, sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan.

“Bermula detik itu, saya dan suami membeli benih ikan tilapia merah dan cuba menternak di dalam tong, bagaimanapun hasilnya mengecewakan kerana hampir semua anak ikan mati akibat tiada sistem pengudaraan.

“Sejak itu kami berdua mengikuti kursus perikanan atas talian yang dianjurkan penternak berpengalaman dari serata negara,” katanya.

Menurut ibu enam cahaya mata itu, dia bertuah kerana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudi memberikan pembiayaan modal perniagaan yang membolehkan dia dan suami membangunkan lapan kolam kanvas komersial dengan sistem pengudaraan yang lengkap yang setiap satu unit kolam menelan kos lebih RM7,000.

Katanya, dia memilih AIM kerana prosedur urusan dokumentasi yang mudah dan cepat termasuk tawaran pelbagai peringkat skim yang bersesuaian dengan keperluan projek penternakannya.

“Terbaharu, saya melanggan Skim i-Muda yang dimanfaatkan untuk membina 16 kolam simen baharu untuk penternakan 40,000 ikan keli.

“Modal berkenaan turut kami gunakan untuk menginovasikan ikan tilapia merah dan keli yang sudah mencapai saiz matang kepada produk sejuk beku berempah sebagai langkah meningkat lagi sumber pendapatan keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN