Pembeli kenderaan terpakai jangan tertipu, semak sebelum beli

Pembeli kenderaan terpakai jangan tertipu, semak sebelum beli

PEMBELI kereta import terpakai atau kereta terpakai tempatan perlu bijak membuat pembelian kenderaan tersebut agar mereka tidak tertipu dengan tawaran peniaga yang tidak bertanggungjawab. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para pembeli kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan perlu bijak membuat pembelian kenderaan tersebut agar mereka tidak tertipu dengan tawaran peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Ini kerana, kebanyakan peniaga tidak memaklumkan kepada pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan itu walaupun dari segi luaran ia kelihatan elok tanpa ada sebarang kesan ‘kecederaan’.

Pengasas Bersama SCRUT, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin yang mengasaskan syarikat pemula itu bersama Nik Muhammad Izwan Nik Mohd. Kamel berkata, apatah lagi, pembeli kebiasaanya terpukau dengan tawaran harga walaupun ia diletakkan pada harga tidak masuk akal.

“SCRUT Auto membongkar penipuan gred dan kondisi kereta recond sehingga memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif.

“Mereka terpanggil memulakan servis berkenaan bagi membela nasib pengguna, susulan banyak kes penipuan kenderaan terpakai yang teruk, tetapi tetap dijual sekali gus merugikan pengguna yang terpedaya.

“Antara penipuan yang sering dilakukan ketika pembelian ialah penipuan odometer, kenderaan kemalangan dan bencana seperti banjir. Kami mahu menghentikan situasi itu kerana ia jelas satu bentuk pelanggaran hak pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedar isu penipuan ini sudah berdekad lamanya oleh kapitalis penjual kenderaan terpakai.

Justeru, katanya, dengan adanya khidmat servis pemeriksaan sebegini, peniaga tidak boleh menipu lagi tentang keadaan sebenar kenderaan.

“Pengguna seharusnya bersifat lebih bijak dengan menyemak kenderaan dengan peniaga semestinya memberikan nombor casis kenderaan untuk disemak sejarahnya termasuk tuntutan insuran yang pernah dibuat sebelum ini bagi membuktikan kualiti kenderaan.

“Syarikat kami pernah disaman beberapa kali oleh syarikat pernigaan kereta terpakai kerana dikatakan menimbulkan kekacauan kepada perniagaanya.

“Meskipun beberapa kali kami dipanggil ke mahkamah sebagai penilaian daripada pakar berkenaan kederaan, kami menang semuanya,” tambahnya lagi.

Justeru beliau tidak takut untuk menyedikan perkhidmatan ini, kerana ia akan memberikan keuntungan kepada masyarakat dan bukannya peniaga yang menipu terutamanya melibatkan pembelian besar seperti kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya