Pemangku Raja Perlis harap kerajaan negeri wujudkan Pusat Biodiversiti Perlis - Utusan Malaysia

Pemangku Raja Perlis harap kerajaan negeri wujudkan Pusat Biodiversiti Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan penanaman pokok yang ke sejuta di Perlis sempena majlis perasmian Nakawan Rainforest Festival dan sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri ini di kompleks eko pelancongan Sungai Batu Pahat hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap kerajaan negeri mewujudkan Pusat Biodiversiti Perlis bagi memastikan khazanah negara dan negeri ini terus terpelihara.

Titah baginda, selain itu, ia juga bakal mengukuhkan lagi usaha pemeliharaan sumber biodiversiti negeri ini selain menjadi rujukan penting bagi wilayah utara negara.

Dalam masa sama, baginda juga menyeru kesedaran orang awam tentang kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas dalam usaha pemeliharaan dan penjagaan ekosistem hutan batu kapur dan biodiversiti negara ini dipertingkatkan.

“Selain itu, aktiviti penanaman pokok secara berterusan juga dapat menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk generasi kemudian kelak,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan penanaman pokok yang ke sejuta di Perlis sempena majlis perasmian Nakawan Rainforest Festival dan sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri ini di kompleks eko pelancongan Sungai Batu Pahat di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Datuk Dr. Ching Thoo A/l Kim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Zahari Ibrahim dan Pengarah Perhutanan negeri, Ag. Shaffie Ag. Ahmadni.

Dalam pada itu, baginda berharap Jabatan Perhutanan akan terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab untuk mengurus khazanah hutan di negeri Perlis.

“Ia selari dengan visi jabatan iaitu ‘Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan’,” titah baginda.

Dalam majlis sama, baginda turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian dan pelancaran Buku Mewah berjudul Orchids Of Perlis: The Matchless Gems Of State Park serta pengurniaan sijil kepada rakan-rakan kolaborasi yang menjayakan program tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya