KEPALA BATAS : Seorang pemandu wanita dilaporkan maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air di Jalan Lahar Kepar, Penaga di sini, pagi tadi. Mangsa, Siti Hawa Mohd. Isa, 40, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas gara-gara terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Alza itu. Terdahulu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda, Mohamad Yazi Taib berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.39 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi. Katanya, kerja-kerja menyelamat mangsa turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya