JERANTUT: Aktif dalam sukan bola baling sehingga ke peringkat kebangsaan tidak menghalang Muhammad Irham Hijazi Shamshul Nizam, 18, memperoleh semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, semalam. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Afzan Hajjah Afzan Pahang (SMKATAHAP), Temin itu memperoleh 9A dalam semua subjek. Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak pasangan guru itu berkata, pembahagian masa berjadual dan teratur antara sukan dan pelajaran merupakan disiplin yang dipraktikkan dalam kehidupan sebagai pelajar sehingga berjaya ‘menuai’ hasil dalam peperiksaan tersebut. “Tidak ada rahsia besar untuk memperoleh kejayaan SPM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya