PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan membangunkan Pelan Tindakan Industri Penjagaan di Malaysia yang dijangka siap pada penghujung Julai ini bagi melahirkan penjaga profesional di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, matlamat industri penjagaan ini adalah melahirkan penjaga kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas yang profesional dan berkemahiran setanding dengan piawaian negara maju dan berupaya menawarkan perkhidmatan sehingga ke peringkat antarabangsa. “Makmal pembangunan yang diadakan hari ini bagi mendapat input daripada pemegang taruh dan pemain industri serta membangunkan kerangka awal Pelan Tindakan Industri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya