SEREMBAN: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,350. Suapan itu supaya tertuduh tidak memeriksa lori milik sebuah syarikat yang membawa keluar barang dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2017 hingga 2022. Tertuduh, Mohammad Zyed Ibrahim, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Ketika prosiding, jurubahasa mahkamah mengambil masa hampir satu jam untuk membacakan 43 pertuduhan terhadap Mohammad Zyed. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya