PUTRAJAYA: Malaysia berpandangan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti kekal relevan dan berdiri teguh bersama masyarakat Palestin yang tertindas dengan menyebarkan keamanan dan bertindak menegakkan sistem keadilan antarabangsa. Berucap ketika menyampaikan kenyataan negara pada Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Gambia, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, peningkatan ketegangan di Asia Barat sudah pasti memberi risiko kepada ekonomi global dan kemajuan ummah. Dalam hal itu, beliau menggesa OIC bekerjsama dengan masyarakat antarabangsa untuk menangani punca masalah itu iaitu kependudukan haram Israel di Palestin selama lebih tujuh dekad lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya