SHAH ALAM: Enam ahli parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu dilihat mempertikai isu teknikal dalam Perlembagaan Parti Bersatu bagi menolak notis tunjuk sebab yang diberikan kepada mereka pada 17 Mei lalu. Isu teknikal tersebut dipercayai boleh menyebabkan notis tunjuk sebab yang diberikan kepada ketujuh-tujuh wakil rakyat parti itu menjadi tidak sah. Ini kerana mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan pada minggu sebelum itu bagi menentukan kedudukan ketujuh-tujuh wakil rakyat tersebut dipercayai tidak sah apabila terdapat kehadiran bukan anggota kepemimpinannya. Mereka yang didakwa hadir adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya