JOHOR BAHRU: Seorang nenek berusia 75 tahun antara empat suspek disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah ditahan di sebuah rumah atas air di sekitar Pontian, Sabtu lalu. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, serbuan bermula pukul 1.30 pagi itu berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 26 kilogram (kg) dengan nilai keseluruhan RM4.3 juta. Katanya, serbuan adalah hasil risikan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis (IPK) Johor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian. Tambahnya, kegiatan sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi selama tiga bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya