KUALA LUMPUR: Laporan awal lembaga siasatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhubung insiden dua helikopternya yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, mendapati kedua-dua pesawat berada dalam keadaan baik untuk melakukan penerbangan. Selain itu, pasukan siasatan juga mendapati semua 10 kru termasuk dua juruterbangnya disahkan mempunyai tahap kesihatan baik untuk mengendalikan helikopter pada hari kejadian. TLDM dalam kenyataan dikeluarkan berkata, tahap kelayakan penerbangan kru udara yang terlibat dalam nahas tersebut juga masih sah dan tidak tamat tempoh. Katanya, kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya