MPP UiTM seru mahasiswa berpakaian hitam, tanda protes

MPP UiTM seru mahasiswa berpakaian hitam, tanda protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) diseru memakai pakaian berwarna hitam esok sebagai tanda membantah agenda pembukaan universiti tempatan itu kepada golongan bukan bumiputera.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM berkata, universiti tersebut perlu berpegang objektif asal penubuhannya iaitu memelihara kedudukan istimewa orang Melayu, Orang Asli dan pribumi Sabah serta Sarawak.

Menurutnya, UiTM perlu memastikan mahasiswa Bumiputera yang kurang berkemampuan mendapat akses kepada pengajian tinggi.

“MPP UiTM percaya bahawa universiti keramat ini merupakan satu-satunya institusi pendidikan Bumiputera yang masih terpelihara sehingga kini.

“Sehubungan itu, kami sebulat suara menyokong agar UiTM kekal selaras dengan objektif asal penubuhannya iaitu untuk melindungi dan memajukan mahasiswa Bumiputera sebagai benteng pertahanan keistimewaan serta kemajuan bangsa,” katanya di dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersetuju untuk membuka program berkenaan secara sementara kepada graduan bukan bumiputera.

Ini selepas seramai 30 graduan yang mengikuti program tersebut di bawah institusi pengajian swasta yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak diiktiraf Malaysia Majlis Perubatan (MMC).

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini menegaskan tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membuka kepada bukan Bumiputera.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, KPT tidak menerima permohonan dari UiTM untuk membuka Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ kepada graduan bukan Bumiputera.

Mengulas lanjut, MPP UiTM berkata, pihaknya bersepakat untuk melancarkan kempen #MahasiswaUiTMBantah yang bermula semalam sehingga esok bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan Bumiputera.

“Oleh itu, kami ingin bekerjasama dengan seluruh mahasiswa untuk menggunakan #MahasiswaUiTMBantah pada setiap hantaran di platform media sosial bagi menunjukkan sinergi seluruh mahasiswa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153).

“MPP UiTM menyeru seluruh mahasiswa untuk sama-sama memakai pakaian berwarna hitam pada 16 Mei ini sebagai tanda ketegasan dalam membantah agenda pembukaan UiTM kepada golongan bukan Bumiputera.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya