BUTTERWORTH : Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki lain serta memiliki senjata berbahaya, Jumaat lepas. Pengakuan tidak bersalah itu dibuat dalam Bahasa Mandarin oleh tertuduh yang berusia antara 15 hingga 51 tahun itu melalui penterjemah di hadapan Hakim Noor Aini Yusof. Mengikut pertuduhan pertama, masing-masing didakwa sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan mempunyai tujuan bersama untuk mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki berusia 21 tahun menggunakan parang dan kayu. Mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya