KUALA LUMPUR: Seorang pengurus bangunan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyamar sebagai Ketua Polis Johor dengan membuat tawaran untuk melepaskan 11 tahanan sebuah agensi penguat kuasa dengan bayaran RM1,500 seorang. A. Ganasean 51, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim. Dia diperintah dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, bapa lima anak itu didakwa memperdaya seorang individu dengan menyamar sebagai Ketua Polis Johor di Bandar Baru Sentul di sini, pada jam 8.35 malam, 6 Mei lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya