BUTTERWORTH : Seorang pesawah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sepuluh pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang remaja perempuan bawah umur yang juga anak jirannya, bulan ini. Tertuduh yang berusia 28 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lahar Tiang, Kepala Batas, di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya