Memang dia gatal pun di set penggambaran - Aktor - Utusan Malaysia

Memang dia gatal pun di set penggambaran – Aktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGAT kisah mengenai kontroversi skandal sensasi yang sedang tular sekarang, Cik Bunga yang kebetulan sibuk menghadiri jemputan rumah terbuka rakan-rakan industri seni tentulah berjumpa dengan ramai artis dan selebriti.

Dah namanya berbual ramai ramai, jadi, dalam ramai-ramai itu adalah kalangan artis yang berbisik pada Cik Bunga.
Pasal apa lagi, kalau bukan gosip mengenai isu skandal yang berlaku itu.

Tidak mahu sebut nama siapa, tetapi kata artis ini, dia yang pernah berlakon bersama dengan aktres wanita tersebut mengakui ada mengalami situasi kurang menyenangkan artis .

Kata si polan, semasa terlibat sama menjayakan sebuah naskhah drama dengan si aktres, dia perhatikan yang pelakon wanita itu cukup gemar menunjukkan aksi manja tidak kena tempat.

Dalam bahasa kasar, macam ‘mengada-ngadalah’. Nak menempel dengan artis lelaki dan buat-buat manja.

Si aktres cuba juga buat-buat manja dengannya, tetapi aktor ini berpegang pada prinsip ‘aku tak suka benda merepek macam ini’.

Jadi, apabila tengok si aktres sedang cuba nasib nak bermanja-manja dengannya, aktor ini terus ‘sound’ di depan muka wanita tersebut supaya berhenti buat begitu sebab dia memang tak selesa.

Pendek kata, tidak semua pelakon begitu di dalam set penggambaran. Tetapi tidak dinafikan juga memang ada yang suka terjebak ‘main-main cinta lokasi’.

Tapi, Cik Bunga pun sudah tahu sebelum ini yang memang pelakon wanita itu berperangai begitu.

Ada banyak sisi hitam dia yang kita tahu dan bahkan pernah Cik Bunga cuba dedahkan secara tak langsung sebelum ini.

Tetapi, hanya mereka yang cepat tangkap sahajalah dapat bau dan hidu. Kalau ada yang tak perasan, maaflah, awak lambat ketinggalan kereta api.
Kepada pelakon wanita itu, Cik Bunga harap selepas apa yang terjadi ini, tolonglah berubah.

Jadi manusia yang berguna. Kalau tahu salah, baiki diri. Usah lagi hipokrit. Buang jauh sifat tak baik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya