SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, hari ini menolak pengakuan salah P. Ramasamy yang dikenakan penjara selama sebulan dan denda RM3,000 kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 6 Mei lalu. Ini kerana, pengakuan yang dibuat tertuduh di Mahkamah Majistret terdahulu disifatkan sebagai bersyarat berikutan warga emas itu dikatakan tidak memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya serta kesan dan akibat pengakuan salah yang dilakukan. Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Wendy Ooi Su Ghee, memutuskan demikian selepas meneliti hujahan daripada pemohon yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya