SHAH ALAM: Polis mematahkan cubaan pengedaran dadah jenis kokain apabila menahan seorang lelaki warga asing yang menelan 95 ketul kapsul mengandungi bahan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat lalu. Suspek berusia 20 tahun bekerja sebagai mekanik itu dipercayai datang dari Peru berdasarkan maklumat pada pasport dan transit penerbangannya di Dubai sebelum tiba di Malaysia pada pukul 8.30 pagi. Bagaimanapun dia ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA sebaik sahaja berada di balai ketibaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya