TELUK INTAN: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas masuk ke dalam parit di Kampung Batu 9, Changkat Jong di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.25 malam. Katanya, sepasukan lapan anggota segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat. “Setibanya jentera di lokasi, didapati sebuah motosikal dipercayai terbabas ke dalam parit di mana terdapat seorang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Anggota membantu menaikkan lelaki berusia 38 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya