Lega rumah siap, Bunga rancang dekorasi ala Muji - Utusan Malaysia

Lega rumah siap, Bunga rancang dekorasi ala Muji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Bunga, lega apabila rumah yang dibelinya pada 2021 siap selepas ditunda selama setahun akibat masalah teknikal.

Menurut Bunga atau Noor Ayu Fatini, 24, rumah jenis kondominium yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu akan diselenggara sebelum disewakan.

“Saya sangat lega bila dapat tengok rumah, maklumlah sebelum ini saya ada dengar banyak kes rumah kena scam.

“Asalnya rumah itu memang saya beli untuk ibu, tapi nampaknya dia lebih selesa duduk rumah bertanah sebab suka bercucuk tanam.

“Jadi perancangannya, rumah ini akan saya sewakan nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menginginkan suasana rumah yang tenang, penyanyi Intan Payung itu akan meminta bantuan abang ipar yang juga seorang kontraktor untuk mengubah suai rumah berkeluasan 1,100 kaki persegi itu.

“Alhamdulillah sebab abang ipar saya memang mahir bab ubah suai dan dekorasi rumah. Saya bersyukur kerana dia boleh bantu.

“Saya sukakan rumah yang damai, jadi perancanganya mahu hias rumah dengan konsep Muji atau Jepun.

“Cuma itulah, orang gembira tengok saya ada rumah. Tapi saya kena berusaha keras nak bayar dan selenggara,” katanya berseloroh.

Dalam perkembangan lain, Bunga akan menerbitkan sebuah album terbaharu tidak lama lagi.

“Album saya sudah hampir siap. Saya baru adakan mensyuarat dengan pihak label iaitu Warner Music Malaysia berkenaan kerja promosi.

“Kami bincang tarikh terbitkan album dan rancang mahu adakah ‘listening party’ juga. Setakat ini, itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Tunggu ya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya