LBS lancar Skyria@D’Island: Alami pemandangan tasik yang menakjubkan

LBS lancar Skyria@D’Island: Alami pemandangan tasik yang menakjubkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan pelancaran SkyRia, penambahan baharu dan terkini dari D’Island Residence.

Terletak di perbandaran ala kepulauan seluas 175 ekar di Puchong, SkyRia memberi definisi baharu bagi kehidupan bandar.

Dengan dua buah blok yang dibangunkan masing-masing sebanyak 608 dan 391 unit, SkyRia dijangka menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 457 juta.

Dengan harga permulaan yang amat menarik, SkyRia menawarkan reka bentuk yang sesuai bagi keluarga kecil dan mereka yang baru membina keluarga, di mana Jenis A (600 kaki persegi) ditawarkan daripada RM250,000.

Jenis B pula (850 kaki persegi), bermula daripada RM478,000, dan Jenis C (900 kaki persegi) yang ditawarkan bermula daripada RM507,000.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata, “Berdasarkan kejayaan D’Island yang menawarkan kediaman berkualiti dengan harga menarik, lokasi, dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang tersedia bagi perkembangan masa hadapan, SkyRia akan menakrifkan semula konsep rumah permulaan yang sempurna dan direka dengan teliti selaras dengan matlamat perumahan negara.”

“SkyRia mengekalkan komitmen D’Island untuk menyediakan kehidupan berkualiti dengan menawarkan lebih daripada 28 kemudahan yang mengagumkan, membolehkan penduduk menikmati gaya hidup aktif selepas seharian bekerja. Dengan yuran tempahan sebanyak RM500, SkyRia mampu menjadi milik anda”.

 

Menyedari bahawa kebolehcapaian adalah elemen yang sangat penting, SkyRia menawarkan kemudahan akses lebuh raya utama seperti Elite, SKVE, LDP, KESAS dan MEX, memastikan ketersambungan yang lancar untuk penduduk.

 

Sama ada pusat membeli-belah, kemudahan perubatan atau institusi pendidikan, kesemuanya berada di dalam lingkungan SkyRia:

Lokasi Beli-Belah: Lotus’s Bukit Puchong (4 km), Aeon Big Puchong Utama (5 km), Jaya Grocer, IOI Rio City (10 km), IOI Mall (13 km), Sunway Pyramid (17 km), Pavilion Bukit Jalil (18 km).

Kemudahan Perubatan: Hospital Cyberjaya (9 km), KPMC Puchong (9 km), Hospital Columbia Asia (10 km), Sunway Medical Centre (15 km), Hospital Putrajaya (15 km).

Institusi Pendidikan: SJK (C) Sin Ming (3 km), SK Puchong Utama 1 & 2 (5 km), Binary University College (11 km), Limkokwing University (13 km), Sunway University (16 km), Taylor’s University Lakeside Campus (16 km).

SkyRia di D’Island, Puchong merupakan salah satu projek yang mengambil bahagian dalam kempen Emas Bling Bling, yang menawarkan peluang eksklusif bagi pembeli untuk memenangi Jongkong Emas 999.9.

Kempen bermula dari 1hb April hingga 31hb Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawarannya, layari www.campaign.lbs.com.my.

Sila layari https://d-island.com.my/skyria atau hubungi 1700 81 8998 untuk maklumat lanjut mengenai SkyRia.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN