LARRIE ceriakan pelajar SMK Sungai Choh - Utusan Malaysia

LARRIE ceriakan pelajar SMK Sungai Choh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG : Dalam usaha menyokong program Jom Kembali Ke Sekolah, LARRIE Corporation Sdn Bhd berbesar hati berganding bahu bersama SMK Sungai Choh, Rawang bagi projek pengindahan semula dan keceriaan dua blok SMK Sungai Choh yang kini berwajah baharu.

Memperluas inisiatif komunitinya, LARRIE turut menaja tiga buah mural termasuk di laluan pejalan kaki utama, Laluan H.I.P (Highly Immersive Programme) LARRIE, di bawah seliaan panitia Bahasa Inggeris SMK Sungai Choh.

Menurut Pengarah Pemasarannya, Lenson Chong, sebagai sebuah syarikat kasut terkenal, inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini selaras dengan matlamat LARRIE Corporation Sdn Bhd untuk bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia memberi keceriaan dan menarik minat pelajar ke sekolah.

“Tajaan yang LARRIE berikan pada hari ini adalah sebahagian daripada teras kami sebagai jenama tempatan yang ingin menjadi prihatin terhadap keperluan komuniti khususnya di negeri syarikat kami beroperasi.

“Selain membolehkan kami bersama-sama meluangkan masa dengan masyarakat setempat, kami juga ingin mencipta lebih banyak saat-saat indah bersama orang ramai yang pelbagai termasuk pelajar-pelajar sekolah. Ini adalah masa untuk kami menampilkan penghargaan kepada mereka, seiring dengan sasaran kami untuk menghargai antara satu sama lain” katanya.

Majlis Perasmian Keceriaan Blok SMK Sungai Choh itu telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Sungai Choh, Mohd Suhaimi Abdullah yang turut menerima sumbangan berjumlah RM68,000 daripada pihak LARRIE Corporation bagi tujuan menampung kos projek tersebut.

Menurut Lenson lagi, mereka gembira dapat melihat senyuman yang terukir pada warga SMK Sungai Choh setelah dua blok bangunan sekolah itu kini berwajah baharu termasuk dihiasi dengan lukisan mural pelbagai mesej.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SMK Sungai Choh kerana sudi menerima sumbangan dari pihak LARRIE bagi berkongsi ‘kegembiraan‘ kepada pelajar-pelajar di sekolah ini. Kami berharap sumbangan ini akan membawa keceriaan kepada mereka dan menanam sikap untuk rajin ke sekolah,”katanya.

Inisiatif terbaru oleh LARRIE itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan syarikat yang diusahakan sepanjang tahun.

Sementara itu, mewakili pihak sekolah, Pengetua, Mohd Suhaimi berbesar hati dan menghargai sumbangan tersebut yang diyakini dapat memberi perubahaan dan keceriaan buat pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

“Pihak sekolah sangat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh LARRIE. Ini merupakan satu penambahbaikan dan perubahan yang cukup penting bagi kami, terutamanya bagi menggalakkan murid hadir ke sekolah.

“Besar harapan saya agar keceriaan yang disumbangkan ini dapat dihargai oleh semua warga SMK Sungai Choh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya