PUTRAJAYA: Laporan awal tragedi dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada 23 April lalu akan didedahkan hari ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, laporan itu akan didedahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Menteri Pertahanan hari ini (pada mesyuarat Kabinet) telah memberi maklum balas mengenai status laporan awal siasatan nahas itu. “Beliau (Menteri Pertahanan) memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa laporan awal akan diterbitkan esok (hari ini). Ia hanyalah laporan awal dan belum lagi laporan keseluruhan,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya