PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan sekiranya sekolah di kawasan cuaca panas ditutup. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, meskipun sekolah ditutup akibat cuaca panas melampau, proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh terhenti. “NUTP menyokong langkah untuk menutup sekolah sekiranya situasinya memberikan kesan buruk kepada kesihatan murid. “Bagaimanapun, NUTP yakin pengalaman-pengalaman lalu akan membolehkan PdPR dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan berbanding sebelum ini,” katanya ketika dihubungi. Menurut beliau, dalam hal ini, semua pihak perlu bertenang dan bersedia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya