Krisis rumah tangga rakan artis, Aidil Aziz ambil iktibar - Utusan Malaysia

Krisis rumah tangga rakan artis, Aidil Aziz ambil iktibar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelakon, Aidil Aziz enggan memberikan sebarang komen berhubung pergolakkan rumah tangga yang membabitkan rakan selebriti yang lain.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Aidil mengambil pendekatan untuk mengambil iktibar terhadap masalah yang melibatkan pasangan selebriti lain yang ketika ini mungkin sedang dilanda masalah.

“Kita tak tahu cerita sebenar dan saya juga bukan jenis yang suka membuat persepsi terhadap situasi orang lain. Jadi lebih baik saya memilih untuk berdiam diri saja.

“Saya lihat dan ambil musibah dari orang lain sebagai pengajaran untuk jadi yang lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aidil turut mengambil pendekatan untuk tidak menghukum kesalahan orang lain dan lebih memilih bersikap terbuka.

“Saya percaya semua orang pernah buat silap jadi sebagai manusia kita tak nak boleh menghukum kesalahan orang lain sebab itu semua kerja Tuhan.

“Mungkin satu hari nanti orang yang banyak buat silap ini berubah menjadi lebih baik dari kita. Sebab itu saya sangat takut untuk pandang negatif dengan kesalahan seseorang.

“Saya risau kalau orang terdekat saya akan jadi lebih teruk dari itu, lebih elok kalau berlapang dada. Kita doakan yang baik-baik itu yang paling penting,” jelasnya lagi.

Aidil berkata semikian semasa ditemui pada majlis tayangan perdana drama Antara Pilihan di Wisma TV RTM baru-baru ini.

Drama Antara Pilihan memaparkan kisah seorang wanita yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang dari keluarga setelah ayahnya meninggal dunia sehingga dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan mengambil anak angkat.

Drama arahan Ikhsan Sukiman menampilkan barisan pelakon, Siti Elizad, Aidil Aziz, Qi Razali dan Amyza Aznan, yang akan ditayangkan di slot Panggung RTM pada 11 Mei ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya