PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera membuat pengesanan semula terhadap calon yang tercicir peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) 2023 bagi memberikan mereka peluang kedua. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM mengambil perhatian berkenaan calon yang tercicir atau tidak hadir peperiksaan SPM 2023. “Antara langkah segera yang akan diambil KPM termasuk membuat pengesanan calon yang tercicir dan memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar bagi menduduki peperiksaan secara ulangan. “Intervensi ini telah dilaksanakan pada tahun lalu dan berjaya membuahkan hasil yang positif,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini. Terdahulu, media melaporkan, Seramai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya