PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan ke atas kedai serbaneka di Presint 3, di sini kerana disyaki menjual produk makanan yang tertera perkataan ‘No Palm Oil’. Serbuan dilakukan oleh penguat kuasa KPDN Putrajaya selepas menerima aduan awam berhubung pembungkusan produk berkenaan semalam. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, hasil pemeriksaan, pasukan menemui produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai kenyataan ‘No Palm Oil’. “Kesemua produk aiskrim tersebut disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60. “Kes akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya