Koleksi Faisal Halim FH7 dipasarkan di AEON BiG

Koleksi Faisal Halim FH7 dipasarkan di AEON BiG

Faisal Halim menunjukkan pakaian berjenama FH7 pada majlis pelancaran Jenama Faisal Halim di AEON Big Subang Jaya, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pemain lincah Harimau Malaya, Faisal Halim bekerjasama dengan Ferhad Sports melancarkan jenama koleksi peribadi beliau FH7 di Pasaraya AEON BiG, Subang Jaya.

Pengarah urusan Ferhad Sports, Redza Habib berkata, ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama dengan pemain bolasepak tempatan.

“Kami amat yakin dengan populariti Faizal atau Mickey dan keupayaan kami menerbitkan koleksi barangan berkualiti, peminatnya akan memberi sokongan yang baik,” katanya.

Menurut Redza, selain penjualan koleksi FH7 dijual di Pasaraya AEON, mereka akan menjual koleksi tersebut di atas talian dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, AEON BiG dipilih sebagai salah satu saluran jualan utama seiring dengan usaha menjadi rakan rasmi kepada beberapa kelab bolasepak sebelum ini.

Sebagai rakan rasmi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), AEON BiG memainkan peranan untuk memasarkan koleksi FH7l.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk berkata, produk ‘Mickey’ akan dipasarkan di sebahagian daripada 22 cawangan di Semenanjung Malaysia .

“Sebagai permulaan, hanya 10 koleksi barangan FH7 akan dikeluarkan dan dipasarkan.

“Tetapi lebih banyak lagi pilihan akan diterbitkan setelah mendapat maklumbalas dari pengedar dan peminat,” katanya.

Malah, pemain kelab Selangor FC, Faisal Halim berkata, beliau amat teruja dengan kerjasama ini.

“Saya berharap untuk berusaha meningkatkan lagi prestasi saya di dalam padang sementara mengintai peluang-peluang pengkomersilan sebagai seorang pemain bolasepak professional.

“Keyakinan Ferhad Sports mengeluarkan produk FH7 dan kesediaan AEON BiG untuk menjadi salah saluran jualan akan terus membakar semangat saya untuk berusaha lebih gigih,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN