LANGKAWI: Sebuah kilang memproses padi berharga kira-kira RM8.9 juta bakal dibina di Pulau Langkawi bagi menjamin kualiti hasil pertanian di daerah itu. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kilang tersebut akan memproses semua jenis padi yang ditanam di pulau itu termasuk padi pulut. “Pada tahun lalu, sebanyak 4,156 tan metrik padi dibeli oleh Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan perlu dihantar ke kilang di tanah besar untuk diproses yang melibatkan kos pengangkutan tinggi. “Kos tersebut boleh mencecah sehingga RM75 setiap tan metrik atau RM300,000 setahun di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya