KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan pelakon dan penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76, merosot dan kini beliau masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kerana masalah batuk kronik sejak semalam. Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez pagi tadi. “Keadaan beliau tidak berapa baik. “Karyawan akan berkongsi tentang perkembangan kesihatannya dari semasa ke semasa,” katanya yang dihubungi baru-baru ini. Utusan Malaysia ketika ini masih belum berhasil untuk berhubung dengan keluarga Hail bagi mendapatkan perkembangan terkini beliau. Hail pada 2018 dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung. Sepanjang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya