Kerajaan tubuh pejabat pelajaran di sembilan negeri - Utusan Malaysia

Kerajaan tubuh pejabat pelajaran di sembilan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Mei 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Pelajaran akan menubuhkan 57 buah pejabat pelajaran daerah di negeri-negeri Semenanjung kecuali Wilayah Persekutuan, Melaka dan Perlis mulai Jun ini untuk mengurangkan kesulitan ibu-bapa menguruskan hal ehwal pelajaran anak-anak mereka.

Serentak dengan itu, semua Jabatan Pelajaran negeri juga akan disusun semula untuk mengemaskan struktur dan keseragamannya bagi mempertingkatkan kecekapan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Mei 1982Perkhidmatan kereta api penumpang antara Kuala Lumpur dan Port Dickson bakal dihentikan secara rasmi bermula 6 Jun ini berikutan kurang sambutan daripada orang ramai.
  • 28 Mei 1983 – Hampir seluruh Semenanjung kecuali Kelantan dan Terengganu bergelap, akibat terputusnya bekalan elektrik dari talian penghantaran utama di pencawang Overseas Union Garden (OUG) yang telah disambar petir.
  • 28 Mei 1984 Lapangan Terbang Pulau Tioman, luar pantai Pahang telah diisytiharkan sebagai salah satu pintu masuk ke Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya