KUALA TERENGGANU: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu adalah petanda jelas anak muda, wanita, orang Melayu dan bukan Melayu kini bersama Kerajaan Perpaduan dan sekaligus menolak Gelombang Hijau pembangkang. Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Hasbie Muda berkata, PRK ini membuktikan Kerajaan Perpaduan bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengembalikan kepercayaan penjawat awam. Menurutnya, kemenangan itu juga menjadi indikasi kerajaan hari ini berada di landasan yang tepat, di mana pertumbuhan ekonomi menjadi fokus utama dan agenda rasisme serta manipulasi agama ditolak sekeras-kerasnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya