KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara bercadang untuk memasukkan Rukun Negara ke dalam Perlembagaan. Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini kerana elemen Rukun Negara itu dilihat sesuai untuk diserapkan ke dalam Perlembagaan dan boleh mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini. “Bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan di peringkat undang-undang dan belum dibawa ke Kabinet,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kepemimpinan Tun Razak di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini. Seramai 75 peserta menyertai program Kepemimpinan Tun Razak yang dianjurkan oleh Yayasan Tun Razak. Terdahulu dalam ucapannya, Aaron berharap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya